HELIZA Tulis Surat Wasiat

KERAP mengikuti undangan kerja amal ke kawasan peperangan antaranya sempadan Gaza dan Syria, membuatkan Heliza Helmi harus menyediakan surat wasiat buat keluarganya.

“Perjalanan ke negara bergolak itu ibaratnya ‘one way ticket’. Kita berserah semuanya kepada Allah sebab tak pasti apakah nanti dapat semula pulang dengan selamat ke tanahair.

“Jadi, sebelum ke sana semua aktivis akan tulis surat wasiat buat keluarga. Ibu bapa saya dah reda dan terima dengan hati terbuka tanggungjawab serta amanah yang saya bawa bersama ahli aktivis lain ke negara- negara bergolak.

“Ibu bapa saya mula-mula memang risau dan takut melepaskan saya ikuti misi bantuan. Sekarang mereka sudah faham dan sekarang adik permepuan saya turut serta.

“Mudah-mudahan Allah beri izin kerja amal saya ini hingga nafas terakhir. Inilah amalan saya dan mudah-mudahan orang yang saya bantu ini membbantu saya di hari kemudian nanti,” terang Heliza kepada Mangga Media.

Heliza Helmi takkan berhenti mengikuti misi bantuan kemanusiaan di negara-negara bergolak

Melihat ramai teman aktivis tidak dapat membendung tangisan akibat keadaan mangsa peperangan, namun Heliza cuba mengawal perasaan.

“Kalau tengok kawan-kawan perempuan dan lelaki ramai menangis tetapi saya ini susah nak nangis. Saya tengok hampir smeua mangsa sangat kuat dan langsung tidak menangis.

“Mereka ada yang tiada kaki dan tangan akibat peperangan. Ada seorang kanak-kanak kena pakai mesin di kepala akibat terkena ledakan bom dan juga ada yang kedua-dua mata kena korek.

“Kawasan hospital saya lawati itu dipenuhi darah namun mereka tetap reda, sabar dan cekal. Rata-rata saya tanya mereka akan jawab, cukuplah hanya Allah mereka ada.

“Itu saya belajar daripada mereka yang tetap bersyukur dengan apa yang dikurnia Allah dan mengatakan janji Allah itu adalah benar.

“Saya belajar erti kesabaran sebenar dan banyak bersyukur. Sebab itulah saya suka ke sana. Waktu rehat dan lapang saya ialah mengikuti misi bantuan di sana.

“Kalau tak pergi rasa macam tak kena hidup saya,” cerita Heliza lagi kepada Mangga Media. Beliau masih mengacarakan program Sis di TV9.

Heliza Helmi merasakan hidupnya tidak lengkap andai tidak menyertai kerja amal