Hantu Kak Limah Benam Rekod Abang Long Fadil 2

Pelakon utama Hantu Kak Limah, Datuk Awie (kiri), Uqasha Senrose dan Zul Ariffin.

SESUATU yang sangat membanggakan bagi seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam filem Hantu Kak Limah (HKL) apabila mencatat jumlah kutipan 20.5 juta hanya dalam tempoh sebelas hari tayangan.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena dengan mencipta rekod sebagai filem kutipan tertinggi bagi sesebuah filem tempatan.

Rekod ini pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ), menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuklah pengarah Mamat Khalid, barisan pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta rakan media dan rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.

HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.