Hafiz Suip Dedah Wajah Anak Sulung Selepas Isteri Habis Pantang

SEPERTI yang dijanjikan, penyanyi Hafiz Suip mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya hasil perkahwinan dengan teman sekampung di Sarawak, Effy atau Nureffy Jesreel.

Pelantun lagu Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku sebelum ini mengambil masa bagi menayangkan wajah putera sulungnya itu atas nasihat keluarga berdasarkan petua orang tua-tua agar tidak mendedahkan wajah anak sebelum isteri selesai menjalani tempoh berpantang selama 45 hari.

“Assalamualaikum, salam Subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian…. Bersyukur ke hadrat Ilahi atau kurniaNYA cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya, isteri dan sekeluarga…

“Dan Alhamdulillah pada hari ini tamat sudah tempoh pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai untuk semua,” tulis Hafiz dalam kenyataannya di Instagram pada Rabu.

Putera sulung yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri, kini sudah berusia 46 hari. Foto yang dimuatnaik dirakam semasa bayi sulungnya berusia 22 hari.

Selepas 46 hari, Hafiz Suip membawa anaknya keluar rumah ke pusat membeli-belah.
Hafiz mencukur rambut sehingga botak selepas dikurnia anak sulung.

Hafiz juga membuat love video sebentar tadi pertama kali membawa isteri dan anaknya itu bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah di Kuching, Sarawak. Hafiz juga dilihat membotakkan kepalanya. Bayar nazar dapat anak sulung kah Hafiz?

Bahkan sewaktu Hafiz membawa anaknya di dalam kereta sorong menuju ke bahagian atas pusat membeli-belah dengan menggunakan eskalator, mengundang prihatin netizen yang memintanya membawa isteri yang baru habis pantang serta anak menggunakan lif.

Hafiz Suip dan isteri, Effy.