Gong Yoo Bakal Kahwin Pasangannya Dalam Train To Busan?

HERO pujaan ramai wanita seluruh dunia, Gong Yoo diketahui begitu tertutup mengenai kisah peribadi terutama hubungan cintanya. Tidak langsung diketahui siapakah teman wanita hero drama Goblin ini.

Namun, pagi Selasa khabar sangat mengejutkan kononnya Gong Yoo bakal berkahwin! Petikan dari Naver, Gong Yoo dikhabarkan akan mengahwini Jung Yoo Mi.

Bahkan, mereka dikatakan sudahpun menyewa sebuah dewan khas di hotel terkemuka Korea Selatan untuk majlis resepsi tidak lama lagi.

Bagaimanapun, gosip tersebut disangkal agensi pengurusan pelakon yang turut popular melalui siri Coffee Prince.

“Gong Yoo dan Jung Yoo Mi sama sekali tidak merancang perkahwinan. Gosip tersebut salah sama sekali. Hubungan mereka ibarat abang-adik,” tegas wakil dari agensi pengurusan.

Barangkali gosip timbul memandangkan kedua-duanya berada di bawah pengurusan sama. Gong Yoo dan Jung Yoo Mi membintangi filem box office, Train To Busan.