Glenn Fredly Dengan Kekasih Baharu 18 Tahun Lebih Muda

PATAH tumbuh hilang berganti… ramai netizen mengatakan cepat sungguh penyanyi popular lagu Januari, Glenn Fredly, 42, mendapat buah hati terbaharu setelah putus cinta dengan penyanyi dan pelakon, Aura Kasih, 30.

Khabar panas dari Indonesia tersebar foto mesra Glenn, yang juga bekas suami pelakon dan penyanyi Dewi Sandra itu dipeluk mesra dari belakang oleh wanita bernama Vanessa Surya yang baru berusia 24 tahun.

Vanessa berdarah kacukan Jepun dan mereka terlihat bahagia semasa meraikan sambutan Hari Krismas, baru-baru ini.

Foto tersebut dimuatnaik Vannessa di Insta Story namun belum sampai 24 jam, ia telah dipadamkan.

Semoga hubungan cinta ini berjaya membawa Glenn ke gerbang perkahwinan kedua!