Gegaran FARAWAHIDA Terhenti di Gegar Vaganza 5

Perjuangan Farawahida dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) terhenti  apabila diumumkan tersingkir pada konsert keenam malam ini (Ahad, 5 November 2018).

Ini sekaligus tidak melayakkan Farawahida ke peringkat separuh akhir pada minggu depan.

Farawahida yang mempersembahkan lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Rossa, mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Farawahida ketika menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta

Farawahida mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro, peminat dan semua yang menyokong selama ini.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. Saya bersyukur dapat sampai ke tahap ini.

“Rezeki saya di GV5 hanya setakat ini. Insya Allah rezeki saya di luar sana tidak putus.

“Kepada semua peserta lain, selamat maju jaya”

Luah Farawahida yang berharap para peminat terus menyokong para peserta lain.

Para peserta lain  yang layak ke pentas separuh akhir GV ialah Amelina, Noryn Aziz, Dia Fadila, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Forteen dan Billy Zulkarnain.

Sementara itu, Bintang Cuccko Paling Gempak minggu ini diberikan kepada Zamani buat kali kedua.

Zamani menerima Bintang Cuccko Paling Gempak sebanyak dua kali

Sebelum ini, Safura. kumpulan Elite dan Shafie Rio tersingkir pada konsert minggu kedua, ketiga dan keempat.

Kesemua peserta diadili oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Tarmimi Saregar sebagai juri jemputan.

GV5 yang  dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Rancangan ini juga bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Pada konsert minggu separuh akhir, para peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan Road To Final.

Teruskan layari manggamedia.com.my #mangga #manggamedia

Facebook : Mangga Media
Instagram: @mangga.media

Foto: Instagram @astrogempak