Gangguan Mental: Sinead O’ Connor Guna Video Luah Perasaan

Wajah terbaharu Sinead O’Connor yang kini berusia 49 tahun

TIADA siapa menyangka beginilah nasib menimpa penyanyi lagu popular tahun 1990-an, Nothing Compares 2 U, Sinead O’Connor yang terkenal dengan imej rambut botak.

Isnin lepas, para peminat Sinead terkejut dengan luahan perasaannya melalui sebuah video yang dimuatkan naik di media sosial Facebook.

Ramai menganggap gangguan mental penyanyi berusia 49 tahun ini semakin kronik. Sinead memuat naik video sambil menangis, berharap agar anak-anak serta mantan –mantan kekasih bersedia merawatnya.

“Ia dikelilingi ramai orang yang memberinya kasih sayang dan dia berada dalam keadaan baik,” jelas sumber terdekat penyanyi itu.

Tahun lepas, pernah tersebar berita cemas penyanyi ini menghilangkan diri dan berniat mahu membunuh diri dengan ingin terjun dari jambatan Chicago.

Beliau juga pernah memuatnaik surat membunuh diri melalui Facebook sebelum ditemukan selamat di Dublin.

Sinead O’Connor popular di tahun 1990-an menerusi lagu Nothing Compares 2 U