FORTEEN peserta termuda GEGAR VAGANZA 2018

BERMULA 30 September ini, peminat program Gegar Vaganza boleh menghadap televisyen di rumah masing-masing. Rancangan yang menggantikan program realiti Big Stage yang berakhir pada 27 September ini menampilkan Amelina, Noryn Aziz, Safura Yaakob, Mya Ruslee, Zamani, Shafie (Rio), Dia Fadilla, Farawahida, Hetty Sarlene, duo Billy Zulkarnain, kumpulan Elite dan Forteen. 

Zamani yang jarang muncul di kaca TV sejak akhir-akhir ini kerana masalah kesihatan dan tulang belakang bengkok.
Ratu dangdut Amelina.
Suara tinggi Safura dinantikan peminat…

Jadi, kepada peminat yang rindukan artis-artis ini beraksi jangan lupa tonton mereka di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9.00 malam. Gegar Vaganza akan bersiaran selama lapan minggu secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Program musim kelima ini mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku hos manakala pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS dan penyanyi disegani Datuk Khatijah Ibrahim kekal menjadi juri tetap.

Trio Elite yang dianggotai Linda Rafar, Sasha Saidin dan Azza.
Forteen, peserta termuda GV5.

Nampaknya kumpulan Forteen adalah peserta termuda dalam Gegar Vaganza musim ini. Juara GV5 bakal meraut RM100,000 berserta trofi. Naib juara merangkul RM50,000 dan tempat ketiga mendapat RM30,000.

Manakala tempat keempat membawa pulang RM20,000, kelima dan keenam pula masing-masing mendapat RM15,000 dan RM10,000. Selain wang tunai, mereka juga mendapat trofi GV5.

Dalam program sebelum ini, Ayai Ilusi merupakan juara musim pertama, Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina musim ketiga dan musim keempat dijuarai Aishah.