FIFI Maknyah Versi AZZA ELITE & MIA AHMAD?

Fifi Mohamad dikatakan mempunyai iras wajah Azza Elite (kiri) dan Mia Ahmad (kanan). Apa pendapat anda?

Sebelum ni MANGGA pernah jumpa maknyah ada iras Amyra Rosli dan Ayu Damit, sekarang ada pula yang mirip wajah penyanyi Azza Elite dan pelakon Mia Ahmad. Namanya Fifi Mohamad.

Maklumlah.. Kata orang dalam dunia ni ada tujuh orang mirip muka sama. Tak gitu?

Sekali tengok memang percaya dia adalah Azza atau Mia Ahmad. Haa.. Kepada lelaki-lelaki di luar sana tu pasti ada yang tergoda kan?

Azza Elite (kiri) dengan Fifi memang seiras kan?

Cerita Fifi, “tak dinafikan, dua artis yang selalu dikaitkan dengan saya adalah Azza dan Mia. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga, betul ke saya ni ada iras artis? Iyalah.. Saya ni biasa-biasa saja.

“Bila orang panggil nama saya Azza atau Mia dan mahu bergambar, rasa segan tu ada juga. Bila menafikan, mereka tak percaya. Saya tak tahu  dah macam mana nak jelaskan.

Fifi Mohamad (kanan) juga dikatakan seiras Mia Ahmad (kiri) sehingga ramai yang ajak bergambar. Kelas gituuu…

“Lama-kelamaan, kalau ada yang sangka saya ni artis, saya diam dan tersenyum sahaja. Nak mengaku, saya ni bukan artis yang mereka maksudkan.

“Bila menafikan, mereka cakap saya tipu pula. Jadi lebih baik diam dan ‘pasrah’ saja. Haha…

“Apa yang kelakar, ramai lelaki yang cuba goda saya. Nak ajak bercinta. Mereka fikir saya artis kut!

“Saya pun tak mahu layan lebih-lebih, sebab Azza Elite dan Mia Ahmad, kedua-duanya sudah pun berkahwin. Jadi tidak elok saya melayan mereka. Nanti timbul pula isu selebriti yang sudah berkahwin layan lelaki lain.

Fifi yang bekerja sebagai penasihat jualan Honda berharap dapat bertemu dengan Azza dan Mia suatu hari nanti. MANGGA cuba tunaikan ya! 

“Apa-apa pun saya sangat meminati nyanyian Azza Elite dan lakonan Mia Ahmad. Satu hari, saya harap MANGGA boleh bawa saya bertemu mereka berdua.”

Begitulah luahan Fifi Mohamad. Itulah, susah juga jadi orang cantik kan? Ada saja orang anggap dirinya sebagai artis.

Fifi Mohamad bekerja sebagai penasihat jualan kereta jenama Honda. Sesiapa nak beli kereta Honda dengan harga berpatutan, boleh hubungi Fifi Mohamad melalui Instagramnya @ariana_afifie.