FFM-30 buka penyertaan untuk filem layak tanding

SELARAS dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM-30), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM-30 membuka penyertaan untuk filem-filem yang layak bertanding.

Menurut Datuk Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Induk FFM-30, kerajaan melalui FINAS dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terus komited bagi penganjuran edisi ke-30 dalam meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan penerbitan filem-filem Malaysia dan para karyawan industri.

Fauzi Ayob

Di antara syarat utama penyertaan kategori filem cereka pada FFM-30 adalah
seperti berikut:

1. Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan di pawagam di Malaysia dalam format DCP/35mm/format digital dan tempoh masa tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.
2. Filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan filem-filem yang telah mendapat Sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 30 September 2018.
3. Tarikh tutup penyertaan FFM-30 ialah pada 31 Oktober 2018, jam 12.00 tengah hari.

Justeru, FINAS mengalu-alukan penyertaan daripada para penerbit bagi filem-filem untuk edisi FFM-30 ini dengan memuat turun borang penyertaan di link berikut https://www.finas.gov.my/ffm30/

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat Festival Filem Malaysia ke-30 di talian 03-41021741  /03-41041392/1452 atau email di [email protected] atau layari www.finas.gov.my.