FAZLEY Dapat Izin Isteri Dedah Keluarga

Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Azrene Ahmad semasa majlis perkahwinan mereka sedekad lalu.

MEMANG benar sejak beberapa hari ini nama Cef Selebriti merangkap penyanyi dan pemilik Suka Sucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob, 40, agak panas jadi perhatian berdasarkan beberapa perkongsian yang dimuatnaik di akaun media sosialnya.

Sebelum perkongsian itu lagi, pelantun lagu Asmara Ini pernah menyatakan kepada Mangga Media, kini beliau semakin terbuka berkongsi perihal keluarga terutama memuatnaik gambar isteri serta empat cahayamata.

“Kalau dulu saya rasa agak segan nak perkenalkan anak-anak di media sosial tetapi sekarang saya lebih terbuka.

“Lagipun sebelum ini saya ada alasan kenapa tidak mendedahkan perihal isteri dan anak-anak kerana atas permintaan isteri juga.

“Dulu, isteri saya melalui beberapa kali keguguran sebelum akhinya kami dikurniakan zuriat keempat seorang perempuan.

“Kini tiba masa sesuai di usia 40 tahun saya buat pembaharian iaitu lebih terbuka selain dapat izin isteri,” jelas Fazley kepada Mangga Media dalam satu pertemuan di bistro miliknya di ibu kota, baru-baru ini.

Pemenang musim pertama Masterchef Selebriti dan isteri, Azrene Ahmad yang dinikahi sepuluh tahun lalu, semakin sukses dalam mengusahakan perniagaan di samping bahagia bersama tiga hero dan seorang heroin.

“Dalam perbincangan dengan isteri, saya beritahu inilah masanya untuk anak-anak ke depan memandangkan mereka juga meminati bidang seni.

“Anak-anak dapat banyak tawaran iklan komersil. Itu rezeki mereka. Saya mahu anak-anak didedahkan pada dunia luar dan lebih terbuka bergaul kerana mereka lah yang bakal mewarisi perniagaan saya nanti,” ujar Fazley lagi.

Tiga hero pasangan ini yang popular dengan panggilan Payish, Piyash dan Piyush terlibat dalam program realiti Oh My Family di Astro Ria.

Tidak halang anak-anak lelaki, Payish (kiri),
Piyash dan Piyush bergiat aktif dalam bidang seni.