Farid Kamil Dijumpai Tidak Berbaju, Berkelakuan Aneh?

Datuk Farid Kamil dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi Jumaat bagi mendapatkan tahanan reman

BERIKUTAN kes mengasari seorang anggota polis dan orang awam, pelbagai kecaman dihambur terhadap pelakon dan pengarah yang baru dianugerahkan darjah kebesaran gelaran Datuk iaitu Farid Kamil, 37.

Awal sebelum kes berlaku di Balai Polis Kota Damansara itu, Mangga Media difahamkan, Farid khabarnya telah dibawa ke balai polis tersebut oleh seorang orang awam.

Mengikut cerita yang didengar, Farid telah dijumpai dalam keadaan tidak berbaju di sebuah jalan raya semasa hujan lebat pada tengahari Khamis, 11 Januari

Farid memaklumkan dirinya terbabit kemalangan dan meminta dibawa ke balai polis. Khabarnya, dalam perjalanan ke balai polis bagi tujuan membuat laporan, Farid telah mulai berkelakuan aneh.

Sudah tular gambar Farid Kamil tidak berbaju dalam hujan di sebuah jalan raya dekat Kota Damansara. Apakah yang sebenarnya berlaku terhadap Farid Kamil?

Apakah sebenarnya yang berlaku terhadap Farid Kamil? Apakah benar cerita yang didengar oleh Mangga Media ini? Benarkah beliau berkelakuan aneh?

Lanjutan daripada kes, pelakon filem Tombiruo, Remp-it dan Anak Halal yang juga seorang pengarah, bakal dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi Jumaat bagi tujuan mendapatkan tahanan reman.

Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.Hasil ujian urin juga mendapati beliau positif dadah jenis ganja.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.