FARID KAMIL Diikat Jamin RM12 Ribu, Kes Bicara 5 Mac

PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, diikat jamin RM12,000 ribu untuk empat pertuduhan dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Selasa, 16 Januari.

Farid hadir di perkarangan kompleks mahkamah sekitar pukul 10.40 pagi. Turut hadir isterinya Datin Diana Danielle serta dua adik lelakinya, Fadzil Zahari dan Dr Anis Anwar Zahari.

Farid Kamil luah rasa cinta pada isteri, Diana Danielle.

Farid ketika ditanya pihak media berkata,” Saya rindu anak-anak. Alhamdulillah saya sihat. I love you Diana.”

Farid kemudian dibawa ke dalam kamar mahkamah bagi sebutan kes kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau diwakili peguam, Athari Bahardin.

Kes akan dibicara semula 5 Mac depan iaitu melibatkan empat kes mendatangkan kecederaan terhadap orang awam, Ashraf Ahmad serta seorang anggota polis trafik, Konstabel Muhammad Nizam Jamaludin dalan kejadian di Balai Polis Kota Damansara pada Khamis, 11 Januari, sekitar pukul 1.20 tengahari.

Dua kes mendatangkan kecederaan, di bawah Akta 323 Kanun Keseksaan, jika sabit lesalahan dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 ribu atau kedua-dua sekali.

Tuduhan kes ketiga menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaludin dengan niat menghalang tugas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM 2,000 ribu atau kedua-duanya.

Tuduhan keempat berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap pegawai polis sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang peruntukkan denda tidak lebih Rm500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Farid mengaku tidak bersalah untuk keempat-empat tuduhan dan minta dibicarakan.

Manakala, tuduhan kes narkotik setelah ujian urin positif ganja masih dalam siasatan polis dan menunggu laporan pihak patologi Hospital Kuala Lumpur.

 

Farid Kamil beri kerjasama baik pada semua media yang hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.