DUA LIPA tampil dengan COMPLETE EDITION

PENYANYI terkenal antarabangsa, Dua Lipa tampil dengan album debut yang berjudul “The Complete Edition”. Album yang merangkumi “Electricity”, kolaborasi terbaru Dua Lipa dan Silk City (Mark Ronson dan Diplo), “One Kiss” & Calvin Harris serta kolaborasi terdahulu dengan Martin Garrix dan Sean Paul yang menjadi kegemaran peminat muzik, berjudul “Want To” dan “Running”.

Dua Lipa juga berkolaborasi dengan bintang K-POP terkenal, BLACKPINK yang berjudul “Kiss and Make Up”. Dua Lipa telah memberi “hint” kepada umum apabila Dua memuat naik gambar beliau bersama Lisa dan Jennie daripada BLACKPINK di “backstage” semasa konsert Dua di Seoul,Korea.

“Kiss and Make Up” menjadi kolaborasi antarabangsa yang pertama buat BLACKPINK iaitu kumpulan perempuan yang telah merekodkan sejarah pada awal tahun ini apabila album mereka yang berjudul “Square Up” dan single “Ddu-Du Ddu-Du” telah menduduki carta paling teratas di carta Billboard.

Selama setahun hit single Dua Lipa menduduki carta teratas #1, beberapa siri konsert dengan penjualan tiket terpantas, dan juga memecahkan rekod penstriman digital antara yang terbanyak, justeru itu Dua Lipa merupakan artis baru yang paling besar di dunia.

Dua Lipa juga merupakan artis #1 yang paling banyak penstriman digital di aplikasi Spotify dan artis pertama di dalam sejarah yang mempunyai empat buah single yang mencecah 500 juta Penstriman digital di Spotify.

Beliau juga cuma mengambil masa selama lapan minggu sahaja untuk menjadi #1 di United Kingdom dengan single hit berduet bersama Calvin Harris berjudul “One Kiss” yang terjual berjuta-juta.

“One Kiss” telah bertahan berminggu-minggu #1 di dalam abad ini. Video Muzik “New Rules” mencecah 1.3 bilion tontonan di Youtube. Setelah menerima beberapa penghargaan dalam tahun ini, Dua Lipa juga meraih dua anugerah pada acara “BRIT Awards” selepas tercalon dalam lima kategori, membuat persembahan di hadapan 85 juta orang di final Liga Juara-Juara UEFA dan telah menjual sebanyak lebih daripada 3 juta album dan 32 juta single di seantero dunia.

Disc 1: Genesis; Lost In Your Light (feat. Miguel); Hotter Than Hell; Be The one; IDGAF; Blow Your Mind (Mwah); Garden; No Goodbyes; Thinking ‘Bout You; New Rules; Begging; Homesick; Dreams; Room For 2; New Love; Bad Together dan Last Dance.

Disc 2: Want To; Running; Kiss and Make Up (Dua Lipa & BLACKPINK); One Kiss (Calvin Harris & Dua Lipa); Electricity (Silk City & Dua Lipa); Scared To Be Lonely (Martin Garrix & Dua Lipa); No Lie (Sean Paul & Dua Lipa) dan New Rules (Live).

Dua Lipa – (Complete Edition) kini boleh didapati di semua pelantar digital dan CD bermula 19 Oktober lalu.