Drama Baharu Kim Hyun Joong Bikin Peminat Teruja

MAHUNYA tak menggila peminat fanatik Oppa kacak, Kim Hyun Joong menanti drama terbaharu setelah empat tahun menghilang!

Kali terakhir Hyun Joong muncul di kaca televisyen menerusi drama Inspiring Generation pada 2014.

Terkini, beliau membintangi drama bersiri 12 episod berjudul When Time Stopped.  Hyun Joong memainkan watak pengembara yang  tinggal  dalam kesepian tanpa menghiraukan masa atau umur yang meningkat.

Keadaan berubah apabila dia bertemu seorang wanita yang membuat kehidupannya menjadi lebih bermakna. Menurut sumber, drama tersebut bakal ditayangkan Oktober depan.

Hyun Joong kini sedang sibuk di lokasi penggambaran. Siapakah pula pasangan heroinnya?- PUGU CW: Staf Praktikal Unimas (Universiti Malaysia Sabah)