DO[S]A Terima Sentuhan Pengarah & Penulis Skrip Terbaik Indonesia

JAKARTA – Mini siri 8 episod berjudul DO[S]A terbitan Astro dalam projek mega nusantara kolaborasi dengan penerbitan Indonesia, merupakan karya yang dinanti-nanti penggemar genre aksi, dijangka pada hujung tahun ini.

Selain nama-nama besar dan artis legenda dua negara iaitu Datuk M. Nasir dan Roy Martin dari Indonesia, Dosa cukup hebat kerana menerima sentuhan pengarah terbaik Indonesia, Ifa Isfansyah menerusi filem Sang Penari di Festival Filem Indonesia 2012 serta penulis skrip, Salman Aristo yang diangkat sebagai pemenang penulis lakon layar terbaik untuk filem Athirah di Festival Filem Indonesia 2016.

Selain M. Nasir dan Roy Marten, Dosa turut dibarisi  bintang hebat tiga negara iaitu Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Hannah Al Rashid, Ruebun Elishama, Vijey, Tegar Satrya, Fajar Rosdianshah-Vijey dan Maudy Koesnadi (Indonesia) serta Hisyam Hamid dan Shenty Feliziana (Singapura).

Barisan produksi utama Dosa, dari kiri: Arie Zaharie (penerbit), Gion Darwis (penerbit), Saniboey Mohd Ismail (karya asal), Datuk Khairul Anwar Salleh (Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro), Ifa Isfansyah (pengarah) dan Salman Aristo (penulis skrip)

MANGGA MEDIA berada di Jakarta, Indonesia pada 11 dan 12 Ogos, baru-baru ini sempena majlis pra pelancaran Dosa yang diadakan di Hotel Amaroossa Cosmo bersama beberapa wakil media Malaysia lain dibawa khas oleh pihak Astro. Juga kami dibawa meninjau lokasi penggambaran yang diadakan di Perusahaan Filem Nasional, Jakarta Timur.

Dosa terbitan Astro dengan kerjasama penerbitan Malaysia oleh Arie Zaharie dari Arie zaharie Production dan penerbitan Indonesia, Gion Darwis.

*(sila rujuk artikel terdahulu, juga di FB Mangga Media & Youtube Mangga Media)

Bintang-bintang hebat mini siri DO[S]A, dari kiri Fajar Rosdianshah-Vijey, Tegar Satrya, Rueben Elishama, Hannah Al Rashid, Maudy Koesnadi, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid, Daniella Sya, Remy Ishak dan Datuk M. Nasir