D’Masiv Memasak Demi Peminat

Rian (tengah) bersama anggota D’Masiv lain beri kejutan buat para peminat

SESUATU yang berbeza dilakukan band D’Masiv buat para penggemarnya. Tidak sahaja menghidangkan mereka dengan lagu-lagu merdu, band yang ngetop melalui lagu Cinta Ini Membunuhku bikin kejutan dengan menyediakan makanan buat para peminat.

Itu antara kejutan istimewa daripada D’Masiv untuk lebih akrabkan hubungan dengan Massivers (gelaran buat peminat D’Masiv).

“Kita masak makanan enak buat semua Massivers,” kata Rian, vokalis D’Masiv, saat bertemu pihak media di Food Updated Café, Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pada Rabu, 12 Julai.

Dalam acara tersebut, beruntung sungguh para Massivers terpilih yang dihidangkan beberapa menu masakan hasil air tangan D’Masiv seperti Chicken Katsu Mozzarella, Astraqberry Mojito dan Mix Dr sebagai hidangan pencuci mulut.

“Ini hidangan istimewa yang kita berikan kepada Massivers yang menjadi pemenang acara Challenge Lipsync Contest Taman SurgaMU pada Ramadan lalu.

“Semoga apa yang kami lakukan ini bisa mengeratkan lagi silaturrahim dengan para peminat. Selalunya kan bertemu peminat semasa manggung (membuat persembahan).

“Bahkan kalau mahu ketemu di restoran itu sudah biasa. Jadi, kami buat kelainan dengan cuba memasak buat para peminat,” ungkap Rian.

Selain Rian atau nama sebenarnya, Rian Ekky Pradipta, ahli lain ialah Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bes) dan Wahyu Piadji (dram).