Diet Ketat, Susut 30 Kilogram, Inul Daratista Jatuh Sakit

SETIAP wanita tak kiralah golongan seni mahupun sebaliknya selalu berkeinginan bentuk tubuh langsing, cantik dan menawan.

Boleh cuba rahsia yang didedahkan penyanyi dangdut Inul Daratista yang ngetop dengan lagu Goyang Inul.

Beliau berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram kepada 55 kilogram, setelah melahirkan anak.

“Kalau dulu, bergambar dengan suami, badan saya sahaja sudah penuh kamera. Melihat keadaan badan berisi sebegitu, saya selalu sedih.

“Sejak itu saya tidak berdiam diri, mesti lakukan sesuatu bagi mengembalikan bentuk badan langsing serta sihat.

“Saya kerja keras menguruskan badan dengan mengambil pemakanan sihat, bersenam, berdiet bermatian-matian hingga pernah jatuh sakit.

“Saya tak makan daging. Saya hanya makan sayur dan buah-buahan. Saya jarang makan nasi.

“Saya menghindari makanan masin, manis dan yang terlalu masam,” dedah Inul kepada wartawan.

Inul juga memberitahu tidak mengambil makanan sembarangan dan langsung tidak menyentuh makanan ringan.

“Saya lebih suka memasak sendiri makanan di rumah dan amat jarang makan di luar. Saya pentingkan pengambilan makanan berkhasiat seperti tempe dan telur ayam kampung,” katanya lagi.

Inul semasa badan berisi bersama suaminya, Adam.