Dicium Minah Salleh, Wak Doyok Kena Kecam Lagi!

 

BUAT kesekian kalinya, bintang filem Abang Long Fadil 2, Wak Doyok bikin panas lagi hingga mengundang kecaman netizen.

‘Islam ke tidak Wak Doyok ni?’ itu antara sindiran sinis daripada netizen apabila tersebar beberapa foto Wak Doyok begitu intim dan mesra menerima ciuman seorang wanita asing bernama Malika Askarova.

Wak Doyok sendiri memuat naik gambar-gambar bersama wanita tersebut sewaktu menyambut hari ulang tahun kelahirannya di ibu kota.

Wanita cantik yang juga seorang model terkenal itu khabarnya merupakan kekasih Wak Doyok, betul ke?

 

 

Adakah wnaita bernama Malika Askarova ini kekasih baharu Wak Doyok?

 

“Makasi sayang @ask.malika udah susah2 datang KL dari Jakarta mau celebrate birthday aku. Oh ya makasi cake duriannya ya. Tau aja kamu aku hantu durian,” tulis Wak Doyok di Instagram.

Wahhh, sanggup terbang dari jauh ini tentulah someone special kan Wak Doyok… Tapi yang cium-cium itu agak kurang manis lah di mata masyarakat Malaysia.

MM: Inginku gigit-gigit cuping telinga kecil mu… suka lirik lagu Obsesiku, nyanyian brader Aqasha.