Derita Pesakit Kanser, Afgan Lebih Menghargai Hidup

PENYANYI popular Indonesia, Afgansyah Reza menyambut ulang tahun hari lahir ke-29 tahun pada 28 Mei lalu.

Satu kelainan dilakukannya kali ini apabila berkongsi kegembiraan serta kebahagiaan meraikan hari lahir bersama pesakit-pesakit kanser.

“Masih dalam bulan meraikan ulang tahun hari lahir, saya bersama teman-teman mengunjungi hospital yang merawat pesakit-pesakit kanser.

“Perasaan saya bercampur aduk bertemu mereka. Saya gembira dan senang bisa membuat mereka tersenyum selain memberikan kata-kata semangat untuk mereka.

Afgan turut mengadakan mini showcase hibur pesakit-pesakit kanser di Gedung Kiara RSCM, Jakarta.

“Ada sedih, haru kerana saya bisa melihat perjuangan mereka untuk melawan penyakit dan betapa mereka tetap bersyukur dengan segala yang mereka ada.

“Kekuatan mereka mengubah pandangan saya mengenai kehidupan. Derita mereka membuatkan saya lebih menghargai kehidupan.

“Saya doakan semoga Allah beri kesembuhan untuk mereka. Semoga kunjungan saya mampu berikan sedikit semangat serta kekuatan pesakit-pesakit kanser untuk terus menjalani rawatan dengan lebih baik.

“Inilah sambutan ulang tahun hari lahir paling bermakna buat saya apabila dapat berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan dengan pesakit-pesakit kanser,” luah pelantun lagu hit Jodoh Pasti Bertemu serta PadaMU Ku Bersujud ini.

Tidak sahaja membuat lawatan menyelami derita perjuangan mereka melawan kanser, Afgan turut mengadakan mini showcase di pusat rawatan tersebut, Gedung Kiara RSCM, Jakarta.