“Dekatkan Diri Dengan ALLAH, Sumber Ketenangan” – UQASHA SENROSE

MANGGA doakan perjalab umrah Uqasha dan keluarga berjalan lancar. Amin..

Alhamdulillah… Pelakon cantik dan baik hati Uqasha Senrose, 26,  akan menunaikan ibadah umrah pada 26 Disember ini sehingga 6 Januari 2019.

Uqasha akan ke tanah suci bersama ahli-ahli keluarganya termasuk ibu, Nelydia Senrose, Raisya Rizrose dan adik-beradik yang lain.

Uqasha akui peluang ini akan dimanfaatkannya untuk memohon keredaan Allah dunia akhirat.

Cerita Uqasha yang lebih mesra dipanggil Sha,

“Sha mahu berdoa agar diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berterusan, keberkatan hidup dan paling penting adalah ketenangan dalam kehidupan seharian.

“Secara luaran orang selalu tengok Sha gembira dan ceria, namun hakikatnya mereka tidak tahu Kadang-kadang hati ini tidak tenang.

” Sha akui bukan sahaja artis, malah orang lain pun pasti pernah melalui fasa tidak tenang ini. Itu adalah normal.

“Biasalah.. Kita semua manusia biasa. Kadang-kadang kita pun tidak tahu kenapa diri tidak tenang sehinggalah kembali dan dekatkan diri dengan Allah. Itulah sumber ketenangan kita.

“Menunaikan umrah adalah salah satu cara Sha mahu mendapatkan ketenangan hati dan harapnya ia berterusan.”

Luah Uqasha yang berharap akan konsisten dengan ibadat-ibadat yang dilakukan meskipun setelah pulang dari umrah.

Uqasha Senrose teruja pertama kali mahu menunaikan umrah pada 26 Disember ini

MANGGA doakan perjalanan umrah Uqasha sekeluarga berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Amin.. Jangan lupa doakan MANGGA juga tau!

Sebelum ini Uqasha popular menerusi siri drama Saya Sebenarnya Isteri Dia, Hero Seorang Cinderella, Rahsia Hati Perempuan, Tundukkan Playboy Itu serta filem Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 3.