Deepika Padukone Jadi Sridevi?

BERITA bintang legenda Bollywood Sridevi meninggal dunia di Dubai, 24 Februari lalu ketika berusia 55 tahun sehingga kini sangat meninggalkan kesan di hati keluarga serta penggmarnya.

Kehebatan Sridevi ternyata juga diperbincangkan di acara Academy Awards, baru-baru ini. Mendiang sudah membintangi 500 buah filem dan sempat berehat seketika selama 15 tahun sebelum membuat kemunculan dalam filem English Vinglish pada 2012.

Sutradara ternama Ram Goapl Verma merancang menggarap filem biografi bintang legenda terkenal ini. Menurut khabar, pemeran utama ‘menghidupkan’ kembali Sridevi di layar perak ialah Deepika Padukone.

Bakal isteri aktor Ranveer Singh itu juga baru menyelesaikan filem kontroversi Padmavat. Andai benar khabar dari Bollywood ini, kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.