DATUK FAZLEY & Isteri Bersanding Demi Rakan Media

Datuk Fazley dan Datin Azrene bersanding bersama anak-anak

Alhamdulillah… MANGGA tumpang gembira dan bersyukur akhirnya pasangan bahagia selebriti popular Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, tercapai impian untuk bersanding semula malam tadi (27 November 2018).

Apa yang lebih istimewa, setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri ini bersanding semula bersama empat cahaya mata mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia 11 bulan.

Romantik kan?

Fazley berkata, majlis persandingan semula bersama isteri di Lanai Tamu Event Hall, Damansara, adalah untuk meraikan rakan-rakan media yang tidak dapat hadir ke majlis persandingan mereka pada tahun 2005

Cerita Fazley, “persandingan ini diadakan bersempena mahu meraikan rakan-rakan media yang banyak menyokong saya tetapi tidak dapat hadir ke majlis saya kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya tahu mereka mahu meraikan saya dan isteri ketika itu, tetapi waktu dan situasi tidak mengizinkan. Jadi, majlis ini adalah untuk meraikan mereka.

Antara rakan wartawan yang hadir

 

Wartawan Harian Metro, Afil Syazwan tidak melepaskan peluang bergambar dengan pasangan pengantin

“Selain meraikan rakan-rakan media, majlis ini juga meraikan rakan-rakan lain yang tidak dapat hadir dalam majlis perkahwinan yang lalu.”

Luah Datuk Fazley yang melaksanakan majlis ini atas permintaan arwah ayahnya, Datuk Yaakob Mohammad.

Pasangan pengantin bersyukur hasrat mahu bersanding semula menjadi realiti

Dalam majlis tersebut, Fazley juga menayangkan video ucapan arwah ayahnya ketika majlis persandingan mereka dulu.

Fazley dan Azrene bernikah  pada tahun 2005 namun tidak mendapat restu ibu Azreen.

Apa-apa pun, Fazley dan Azrene mahu melupakan kisah pahit itu dan membuka lembaran bahari dalam hidup mereka.

Iyalah.. Tutup buku lama, buka buku baru kan. Semuanya pasti ada hikmahnya. Insya Allah…

MANGGA doakan Fazley dan Azrene terus bahagia bersama anak-anak hingga ke syurga abadi. Amin…

Sebuah puisi indah daripada teman rapat wartawan, Datuk Tengku Khalidah kepada pasangan pengantin:

Foto: instagram @fazleyyaakob & @afilsyazwan