Daniel Craig, Adele Kembali Bergabung Dalam Bond 25

Daniel Craig kembali sebagai agen 007 dalam Bond 25

KHABAR dari Hollywood, edisi terbaharu agen 007 yang diberi judul awal Bond 25 bakal masuk lokasi tahun depan.

Lebih menarik, hero utamanya masih mengekalkan Daniel Craig meskipun selepas edisi Spectre dua tahun lalu beliau mengkhabarkan mahu undur diri.

Menurut sumber, Craig ditawarkan kontrak mencecah lebih RM600 juta untuk dua lagi edisi James Bond selepas Spectre.

Craig sebelum ini menyatakan keengganan meneruskan karakter penyiasat terkenal tersebut tetapi kemudiannya berubah fikiran untuk menyambung kontrak untuk kelima kalinya sebagai James Bond.

Petikan dalam Ace Showbiz, Senin (10/7/2017) itu berdasarkan sumber daripada produser rangkaian jenama filem James Bond iaitu Barbara Broccoli.

Bukan sahaja Craig, penyanyi Adele yang melantunkan Skyfall dalam edisi James Bond tahun 2012 khabarnya kembali bergabung dalam edisi terbaharu ini.

Adele sebelum ini mengumumkan terpaksa membatalkan dua siri konsert akibat masalah peti suara.

Buat kali kedua Adele jadi pilihan produser menyanyikan lagu tema edisi terbaharu James Bond