Dalam 2 Jam, 22000 Set Vantage Terjual Kerana SITI

Penangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, 22000 Set Periuk Vantage terjual dalam masa dua jam. Hebat kan?

Wow! Sangat menakjubkan apabila sebanyak 22000 set kelengkapan dapur jenama Vantage terjual dalam masa dua jam sahaja!

Itulah penangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang beraksi secara langsung di rancangan Go Shop DS Siti Nurhaliza X Vantage siaran Astro.

Siti yang juga duta periuk Vantage ini turut mempromosikan harga diskaun istimewa untuk koleksi ‘Siti Series’ sepanjang siaran.

Salah seorang peminat setia Siti Nurhaliza menyatakan rasa terujanya di facebook apabila periuk Vantage terjual sebanyak 22000

Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini memberi peluang kepada penonton menyaksikan sendiri Siti Nurhaliza memasak sambil menyanyi. Dalam masa yang sama, penonton di studio dan di rumah berpeluang membeli set Vantage. Hasilnya, 22000 Set periuk terjual!

Walaupun sedang memasak, Siti tetap membuatkan penonton terhibur dengan nyanyiannya melalui lagu seperti Anta Permana, Bukan Cinta Biasa dan Comel Pipi Merah.

Apa yang istimewa, Siti turut berkongsi resepi kegemaran suaminya, Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K iaitu ayam percik, patin tempoyak, kari ikan pari, kerabu sotong dan banyak lagi.

Siti Nurhaliza duta Vantage

Dalam rancangan tersebut, Siti juga dibantu oleh Chef Kamarul dan dihoskan Hazim Shauki.

Haa.. Kalaulah Siti Nurhaliza diberi masa lebih panjang untuk bersiaran, pasti lebih banyak lagi set Vantage yang terjual kan?

Pasal kerjaya, penyanyi terulung negara ini bakal mengadakan Konsert Datu Sri Siti Nurhaliza On Tour di Indonesia, Singapura, Malaysia dan London.

Dalam Konsert tersebut, Aubrey Suwito sebagai Pengarah muzik dan penyanyi Tulus menjadi artis jemputan

Tiket Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bermula dari harga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia sekarang!

MANGGA doakan Siti terus sukses ya! Amin…