“Dah Setahun Mana Tanah Lot Banglo Kami”- LAN SOLO

SELEPAS juara Gegar Vagansa musim 4 (GV4), Aishah meluahkan di media sosial mengenai tuntutan salah satu hadiah kemenangan iaitu sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan pihak penaja masih belum diterima, Lan Solo (pemenang ketiga) turut berkongsi luahan sama. Naib juara GV4 ialah Liza Hanim.

Bekas vokalis kumpulan Kristal itu sekitar setengah jam lalu, memuatnaik sekeping gambar bersama Aishah dan Liza Hanim dengan meletakkan kapsyen, ‘kenangan paling manis sepanjang beada dalam industri muzik.’

Kata Lan,”Memandangkan Kak Aishah dah meluah segala dan ramai yang dah mula bertanya kepaa saya, maka saya akan jawab.

“Sebab rasanya Kak Aishah dah jawab banyak dah. Bagi saya tidak menyalahkan pihak produksi seratus-peratus dan rasanya pihak produksi dah lakukan sehabis baik berkenaan hadiah sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan untuk tiga pemenang GV4.

“Bagi saya pihak penaja yang perlu bertanggungjawab menyelesaikan isu ini. Kisahnya begini… selesai konsert akhir GV4, penaja ada maklumkan kepada saya yang mereka akan telefon untuk proses selanjutnya tetapi lepas itu senyap.

“Kami mengadu kepada pihak produksi dan pihak pdousksi cuba mendapatkan jawapan daripada pihak penaja.

“Pihak penaja mengatakan hadiah tanah itu sedang diusahakan… Selepas beberapa bulan, kami mengadu lagi… jawapan masih samar-samar.

“Kata mereka, lokasi tanah di Johor, ambil masa sedikit. Tak lama selepas itu kami tanya lagi, lokasi tanah tukar ke Selangor pula. t

“Setelah itu, pihak penaja beritahu kena tunggu selepas PRU ke-14 (Mei lalu)… Tak lama kemudian apabila ditanya lagi, kata mereka kerajaan bertukar jadi ambil masa untuk selesaikan.

“Tanya lagi, selepas Hari Raya Haji pula. Tanya lagi, mungkin selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-31 Ogos ini mereka akan jumpa untuk selesaikan isu tanah ini.

“Yang menjadi persoalannnya, wujud atau tidak sebidang tanah lot banglo itu, seperti yang dijanjikan menjadi hadiah untuk tiga pemenang GV4?

“Kalau betul wujudnya permasalahan daripada pihak penaja, kenapa tak ada langsung wakil yang datang untuk berbincang dengan kami? Dekat setahun dah!” luah Lan Solo.