“Cubaan keji aibkan saya” – AERIL ZAFREL

AKTOR kacak menegaskan gambar yang menjadi tular sejak semalam adalah bukan dirinya. Bahkan cubaan keji yang cuba mengaitkan dirinya itu dianggap keaiban yang sangat dangkal sekali.

“Wawollahi Watallohi Wabillahi ITU BUKAN SAYA. Biarlah ALLAH yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini,” tegas Aeril melalui laman maya instagram miliknya.

Aeril tabah dengan fitnah dirinya…

Aeril turut menyiarkan gambar yang dikatakan menjadi tular dan memberi nota, “Sunat (berkhatan) pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan apa yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat tu. Gambar ini hanya sementara,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut akaun instagram Aeril tak bersetuju dengan tindakan suami pelakon Wawa Zainal itu menyiarkan gambar berkenaan kerana tidak manis ditonton ramai.

Aeril Zafrel dan isteri Wawa Zainal mempunyai pengikut di instagram melebihi dua juta…

Maklumlah pengikut dan peminat Aeril seramai 2.9 juta itu terdiri daripada pelbagai golongan lelaki dan wanita daripada kanak-kanak, remaja, dewasa sampailah orang tua.

Mungkin ada sebabnya Aeril bertindak demikian. Jalan terbaik supaya Aeril membuat laporan kepada pihak penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Manggamedia berharap agar Aeril dan keluarga dapat bersabar dan tabah dengan ujian ini.