Cita Citata Tayang Pacar Baharu!

SUDAH beberapa kali bercinta dan kemudiannya putus cinta termasuklah dengan seorang ahli politik, penyanyi dangdut Cita Citata baru-baru ini bikin gempar apabila tersebar gambar bersama seorang lelaki yang dipercayai pacar baharunya bernama Ardavan Farzi.

 “Kamu adalah hal terindah yang pernah terjadi dalam hidupku,” tulis Ardavan pada sekeping gambar mereka di Instagram peribadinya.

“Take care monyet…” seloroh Cita Citata pula pada ruang komen gambar tersebut.

Pelantun lagut hit Sakitnya Tuh Di Sini berusia 25 tahun ini berterus-terang mengakui mereka sudah saling mengenali keluarga kedua-dua belah pihak.

Itu cukup membuktikan hubungan Cita Citata dengan lelaki asal Iran itu sudah serius dan apakah kali ini Cita Citata bakal mengakhiri zaman janda?

“Saya dan keluarganya sudah kenal, begitu juga Ardavan sudah dibawa jumpa keluarga saya,” ungkap pemilik nama sebenar Cita Rahayu.

Cita Citata sudah membawa Ardavan berjumpa keluarganya