Chris Martin Dating Bintang Filem Fifty Shades Of Grey?

Chris Martin vokalis Coldplay

JIKA benarlah gosip mengatakan vokalis Coldplay, Chris Martin keluar dating dengan bintang filem Fifty Shades Of Grey, Dakota Johnson, maka peminat wanita semua mungkin boleh gigit jari!

Gosip tersebar kehadiran Johnson menyaksikan konsert Coldplay di Argentina, 14 November, baru-baru ini bukanlah sekadar peminat biasa.

Dia berada di tempat sound system untuk memberi sokongan lebih dekat kepada Chris Martin.

Seorang penonton ternyata melihat Dakota berada di sana lantas memuatnaik gambar di media sosial.

Sebenarnya gosip Martin- Johnson mula heboh diperkatakan apabila aktres berusia 28 tahun itu dilihat makan malam bersama Martin di sebuah tempat di Los Angeles Oktober lalu.

Dakota Johnson bintang filem Fifty Shades Of Grey

Martin pula sebelum ini punya hubungan cinta dengan aktres Annabelle Wallis sejak dua tahun lalu. Martin menjadi pujaan ramai peminat wanita setelah perkahwinan 10 tahun dengan aktres Gwyneth Paltrow berakhir.  Mereka mempunyai dua anak, Apple dan Moses.

Sementara itu, Johnson pula terkait hubungan cinta dengan rocker Matthew Hitt selama dua tahun. Mereka terakhir dilihat bersama tahun lepas.