CHEF WAN Kesal, Bekas Menantu Buat Hal Lagi!

Chef Wan bersama Serina dan dua cucunya.

“Sakit hati saya bila anak saya Rina mengirim video ini tiga minggu lalu. Tetapi saya simpan dalam hati.

“Semalam saya hantar kiriman WhatsApp pada Rina dan dia mengadu bekas menantu lelaki saya tidak membenarkan dia berjumpa anak-anak pada hari biasa, kecuali hari minggu sahaja.

“Sebabnya sejak dia kena tangkap khalwat dan dibawa ke balai polis dan pengasuh anak juga diberhentikan kerana takut rahsia kesalahannya terbongkar,” luah chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di akaun Instagram pada petang Isnin mengenai apa yang dilalui anaknya, pelakon Serina Redzuawan.

Beliau juga memuatnaik video menunjukkan muka cucu perempuannya, Isabella Saffiya O’luanaigh, 6, dengan kesan lebam di bahagian bawah mata kiri.

Menurut penerangan cucunya itu terjatuh tanpa pengawasan bapa mahupun pengasuh semasa bekas menantunya itu sedang bermain bola sepak.

“Saya selama ini sangat bersabar untuk tidak lagi bercakap secara terbuka tentang ini. Tetapi saya juga dihalang bertemu dua cucu saya hanya kerana saya bercakap benda benar.

“Kau buat salah dan kau mahu hukum kami anak-beranak? Apa dosa saya? Selama ini saya sangat bersabar dan tak mahu memalukan dia dan mahu menjaga maruah dia.

Bahagian bawah mata kiri cucu perempuan Chef Wan yang terdapat kesam lebam akibat terjatuh.

“Tetapi dia tidak tahu bersyukur. Bagi saya dia seorang yang tidak beradap pada hari pertama dia masuk ke dalam rumah untuk memberitahu mahu memperisterikan anak perempuan saya. Memang jenis Mat Salleh kurang ajar!

“Hari nikah air mata saya menitis kerana saya tahu perkahwinan itu takkan bertahan lama. Tetapi kerana sayangkan anak saya turutkan hati saya untuk melepaskan tangan anak saya kepada dia.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati saya tetapi saya masih mahu menggembirakan anak saya,” jelas Chef Wan yang turut dimaklumkan bahawa bekas menantunya itu cuba memburuk-buruknnya.

Serina berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghafar pada 1 Januari, 2010. Mereka berpisah tahun lepas.

Hak penjagaan dua anak termasuk seorang anak lelaki, Tristan Tareef O’luanaigh, 7, diserahkan kepada bekas suami.