Butik Kedua NUR AISHAH Kini Di Ostia Bangi

Majlis ini telah disempurnakan olehTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh (tengah) 

Berita gembira buat semua peminat fesyen muslimah. Galeri Nur Aishah yang mengeluarkan pelbagai jenis telekung dan busana muslimah, kini maju setapak lagi dengan pembukaan butik keduanya di Taman Ostia Bangi, Selangor, semalam.

Majlis ini telah disempurnakan olehTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh.

Galeri Nur Aishah telah pun mempunyai butik pertamanya di seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan pembukaan butik kedua Nur Aishah ini juga bersempena ulang tahun kedua yang bermula operasi pada November 2016.

Pengarah Urusan Galeri Nur Aishah, Mirza Elyad Baig (tengah), berbesar hati dengan kehadiran Fuziah Salleh

Menurut Pengarah Urusan Galeri Nur Aishah, Mirza Elyad Baig, pembukaan butik kedua ini sejajar dengan permintaan pelanggan yang mahukan keselesaan sewaktu membeli belah.

Ujarnya lagi, walaupun butik Nur Aishah dilihat sebagai eksklusif namun harha yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan mampu dimiliki semua.

Selain telekung dan pakaian untuk menunaikan ibadah umrah dan haji, Nur Aishah turut mengembangkan sayapnya menghasilkan pelbagai jenis jubah, abaya, khimar, tudung, selendang, tshirt, blaus dan banyak lagi.

Selain di butik, anda boleh membeli produk Nur Aishah melalui laman sesawang www.fashionhub.com.my atau di laman sosial instagram: @nuraishahgallery dan facebook: @galerinuraishah

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: mangga. Media