“Bukan Nak Menunjuk Siapa Hebat” – SARAH RAISUDDIN

MANGGA pun tak sabar nak tonton konsert Soul Sisters yang akan berlangsung pada 5 dan 6  April 2019 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mana tidaknya, konsert ini menggabungkan tiga penyanyi hebat Malaysia iaitu Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Noryn Aziz.

Cerita Sarah, “pada mulanya saya sangka pertemuan dengan Abang Edd (penganjur konsert) hanya makan-makan saja.

“Bila dah sampai lokasi, tengok ada Misha Omar dan Noryn sekali. Rupa-rupanya Abang Edd panggil kami untuk ‘disatukan’ dalam sebuah konsert besar.

Sarah rasa bertuah diberi peluang beraksi bersama Misha Omar dan Noryn Aziz

“Nak tahu, saya terkejut sampai tak tahu nak reaksi apa bila tahu akan terlibat dengan konsert besar.

“Sebelum ini, saya pernah bercakap dengan Misha, bilalah nak buat konsert bersama. Nampaknya Abang Edd telah menjadikan impian kami satu kenyataan.

“Konsert ini pastinya lebih istimewa dengan adanya Noryn Aziz. Bakatnya tak boleh dipertikaikan lagi terutamanya dalam muzik soul.

“Konset ini bukan perang vokal tetapi kombinasi vokal antara kami bertiga. Bukan nak menunjuk siapa hebat. Sebaliknya, ia sebenarnya membuka mata masyarakat untuk melihat gabungan tiga suara ini.

“Sejujurnya saya tak sabar nak jayakan konsert ini. Saya teruja dalam masa yang sama ada juga rasa takut. Biasalah manusia biasa kan.

“Namun kehadiran Misha dan Noryn pastinya banyak membantu saya untuk tampil dengan lebih baik.”

Penganjur konsert, Edd Razhe (paling kiri), diikuti Datuk Syafinaz, Misha, Sarah, Noryn, Datuk Aziz Bakar dan Datuk Nasser Abu Kassim

Luah Sarah Raisuddin  yang popular dengan lagu Semakin.

Sarah, Misha dan Noryn juga akan muncul dengan sebuah lagu baharu pada Disember ini. Lagu ini adalah bersempena konsert Soul Sisters.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH YG MAHA ESA diatas kurniaan rezeki dariNya. Peluang sarah untuk menjayakan konsert #soulsistersconcert ini adalah salah satu penghargaan dan tanggungjawab yang terbesar yg telah diberi kepada sarah. Personally bagi sarah, konsert ini bukanlah satu pertandingan, tetapi ia adalah satu platform bagi kami bertiga untuk mempersembahkan sedekad pengalaman dalam dunia seni yang telah dianugerahkan kepada kami. Jutaan terima kasih kepada abg @eddrazhe yg telah memberi peluang kepada sarah untuk menjayakan antara konsert terbesar pada 2019 nanti. Insyaallah sarah akan memberikan persembahan terbaik sepanjang 2 malam konsert tersebut berlangsung nanti… #Repost @soulsistersconcert ・・・ Two nights of soulful R&B performances featuring 3 of Malaysia's best. Catch this grand concert on 5 & 6 April 2019. Tickets are available for purchase tomorrow! #soulsistersconcert @mishaomar @norynaziz @sitisarahraissuddin

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Tiket-tiket  konsert berharga RM755 (meet & greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh ditempah mulai 8 November 2018 menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media