Bujang atau Duda,  SHIHA ZIKIR Pilih Malam ini! 

 

Siapakah agaknya pilihan Shiha? Lelaki bujang atau duda kaya? 
Kalaulah anda diberi pilihan, ciri-ciri lelaki yang macam mana menjadi pilihan anda?   Lelaki bujang atau duda yang kaya raya?
 Begitulah lagu Pipiyama nyanyian Shiha Zikir yang mengisahkan dilema seorang gadis untuk memilih bakal suaminya sama ada lelaki bujang atau duda kaya ini akan terjawab pada malam ini.
Dalam video muzik Pipiyama, persoalan di hati para peminat akan terjawab,  Shiha akan memilih lelaki bujang atau duda kaya? Cinta atau wang ringgit,  mana satu agaknya pilihan Shiha?
Nak tahu jawapannya, Shiha Zikir akan melancarkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Pipiyama ini di saluran youtube Shiha Zikir pada jam 8 malam ini.
Lagu ciptaan  komposer Indonesia Atra Pav Petrana ini sudah mendapat sambutan hebat di Indonesia dan bakal memasuki carta-carta radio tempatan pula tidak lama lagi.
 Shiha mula mendapat perhatian para peminat muzik di Indonesia semenjak menyertai pertandingan nyanyian De Academy Asia 2 di Jakarta,  Indonesia.