Boleh Ke Seks Bila Darah Haid Dah Kering?

Haram bersetubuh Ketika isteri dalam haid. Gambar hiasan dari Instagram @dailycatstories

MANGGA tertarik dengan satu soalan seorang wanita dari Kelantan yang ragu-ragu tentang persetubuhan ketika dalam haid.

Soalannya.. Apakah hukum Suami bersetubuh dengan isteri ketika isteri dalam haid, walhal darah isteri sudah kering. Maksud saya tinggal lagi bayang-bayang darah? Lagi pun dia tidak bersetubuh seperti biasa, cuma di bibir kemaluan sahaja.

Ini jawab pendakwah bebas terkenal Datuk Dr. Mashitah Ibrahim tentang soalan ini.

Jangan lupa dapatkan buku soal jawab Fitrah Wanita bersama Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

“Hukum seorang suami Bersetubuh Dengan isteri ketika haid adalah haram walaupun sudah kering darah haid. Puan mestilah mandi hadas terlebih dahulu sebelum boleh bersama.

“Termasuk perbuatan yang mewajibkan mandi hadas besar ialah bersentuh kemaluan lelaki dan perempuan walaupun tidak ke adegan seterusnya. Cukuplah dengan di kawasan bibir, tetap mewajibkan mandi.”

Semoga perkongsian ilmu ini boleh dimanfaatkan oleh kita semua.

Kalau nak baca banyak lagi soal jawab agama bersama Datuk Dr. Mashitah, bolehlah beli buku Fitrah Wanita di kedai-kedai buku seperti Gallery Bookstore berhampiran, atau hubungi bahagian pemasaran di talian: 03-89243888 / 03-89243977.

Teruskan bersama MANGGA ya!