Black Pink Pengganti 2NE1 ?

Black Pink dibarisi Jisoo, Jennie, Rose dan Lalisa yang mengikuti ujibakat Yg Entertainment di Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Thailand

SETELAH memperkenalkan secara rasmi empat anggota terbaharu Black Pink, kini syarikat pengurusan dan rakaman terkenal YG Entertainment mempertaruhkan girl band terbaharunya itu dalam tempoh tujuh tahun setelah memperkenalkan girl band senior, 2NE1.

Debut perdana Black Pink pada 8 Ogos tahun lalu. Black Pink berasal dari Seoul, Korea Selatan. Sebelum itu, anggota Black Pink diujibakat dari berbagai negara yaitu Kim Jisoo dari Korea Selatan, Jennie Kim dari New Zealand, Roseanne Park (Australia) dan Lalisa Manoban (Thailand).

Album pertama Square One memuatkan lagu Boombayah dan Whistle yang kini semakin ‘boom’ di seluruh dunia penggemar Kpop.

Jisoo adalah anggota Black Pink yang mengikuti uji bakat YG di Korea pada 2011. Jennie pula lahir di Korea Selatan tetapi berpindah mengikut keluarganya di Auckland.

Gadis-gadis manis Black Pink yang tengah hit dengan single Boombayah dan Whistle

Setelah diterima YG Entertainment, beliau pulang ke Korea Selatan semasa usia 14 tahun. Manakala Rose mengikuti ujibakat YG di Australia pada 2012 ketika berusia 15 tahun.

Anggota paling muda, Lalisa Manoban dari Thailand yang mengikuti sesi ujibakat pada 2010 dan meletakkan dirinya gadis yang bukan warga Korea pertama berada dalam senarai girl band didikan YG Entertainment.

Bulan lalu, Black Pink telah melengkapkan siri jelajah promosi single As If It’s Your Last dan selepas ini mereka fokus jelajah Jepun bagi promosi album sulung.

Di awal kemunculan, pelbagai komen netizen termasuk membandingkan Black Pink dengan girl band senior, 2NE1 yang kini sudah membuat haluan sendiri.

2NE1 girl band senior yang dibentuk YG Entertainment tujuh tahun lalu