Beza Usia 34 Tahun, David Foster Bakal Kahwini Bekas Peserta American Idol

David Foster dan Katharine McPhee sudah saling kenal sejak 2006.

SATU khabar bahagia mengenai komposer, penerbit dan juri terkenal Asia’s Gota Talent, David Foster yang bakal mengakhiri zaman duda bersama penyanyi berusia 34 tahun lebih muda.

Foster baharu saja mengesahkan bakal mengahwini, Katharine McPhee, bekas peserta American Idol, semasa beliau menjadi salah seorang juri.

McPhee turut berkongsi kegembiraan di akaun peribadinya saat Foster melamarnya di Itali, baru-baru ini.

“Dia melakukan lamaran di atas puncak gunung di Anacapri. Romantisnya suasana ketika itu hanya disinari bintang-bintang,” ungkap pelantun lagu Had It All itu kepada wartawan.

Pertunangan penyanyi berusia 34 tahun tersebut muncul sekitar setahun lalu setelah kisah cintanya dengan David Foster mula jadi perhatian ramai.

Kedua-duanya dilihat berpegangan tangan dalam satu majlis dan foto dirakam ramai jurugambar ketika itu.

Hubungan mereka mendapat respon positif anak perempuan Foster iaitu Erin. Dia mengatakan bakal ibu tirinya itu seorang wanita hebat dan menyenangkan.

Erin pula berusia dua tahun lebih tua daripada McPhee. Foster dan McPhee kali pertama bertemu pada 2006 saat jelitawan tersebut bergelar peserta program realiti popular tersebut.

Foster pernah empat kali berkahwin, memiliki lima anak serta tujuh orang cucu. Manakala, McPhee pernah menjadi isteri kepada pelakon, Nick Cokas tetapi bercerai dua tahun lalu.

Menariknya, Foster pernah menjadi tetamu undangan di majlis perkahwinan McPhee sambil menyumbangkan lagu melalui petikan piano.

Siapa tahu kali ini jodoh mereka berdua setelah kedua-duanya kembali solo!