Beza Usia 30 Tahun, Demi Moore Dating Nick Jonas

Demi Moore diketahui ramai menyukai lelaki muda, begitu juga Nick Jonas dikatakan tertarik pada wanita berusia.

AKTRES Demi Moore, 56, memang diketahui ramai kerap dikaitkan dengan lelaki-lelaki yang jauh lebih muda. Hubungan dengan bekas suami terdahulu, aktor Ashton Kutcher juga jauh beza usia.

Demi yang juga bekas isteri aktor filem aksi Bruce Willis kali ini dikaitkan pula main cinta dengan ‘anak ikan’, Nick Jonas, 26.

Dari petikan Ace Showbiz, gosip tersebut tersebar apabila anak Demi iaitu Rumer Willis dapat menghidu hubungan ibunya dengan penyanyi yang pernah mengganggotai kumpulan adik-beradik Jonas Brothers.

Rumer sememangnya mengetahui ibunya menyukai lelaki muda. “Rumer tahu Demi tertarik pada lelaki yang lebih muda.

“Demi juga tahu Nick sudah berstatus single ditambah pula Nick sangat tertarik pada wanita yang lebih berusia,” jelas satu sumber.

Sebelum ini, Nick pernah dikaitkan dengan wanita-wanita berusia,  antaranya Delta Goodrem dan Kate Hudson.

Bahkan sebelum gosip dengan Demi tersebar, pelakon filem Jumanji: Welcome to The Jungle ini khabarnya dating dengan model Victoria’s Secret, Georgia Fowler.

Jadi, apakah benar ketika ini Nick dan Demi saling keluar dating serta berpacaran? Timbul juga gosip kononnya Demi kerap bertemu Nick di sebuah apartment dekat New York City.

“Demi tidak akan mengulas lanjut atau bercakap apa-apa mengenai gosip tersebut. Dia tidak mahu berasa malu seperti yang terjadi dalam hubungannya dengan Ashton Kutcher,” ujar sumber sama.

Sebelum gosip dating Demi Moore, Nick Jonas pernah dikaitkan punya hubungan dengan aktres Kate Hudson, yang juga lebih tua daripadanya.