Betul Ke SITI Kembali Sertai Anugerah Juara Lagu?

Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu dan rindu nak tengok penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, beraksi di Anugerah Juara Lagu (AJL) kan?

Sebelum ini, Siti pernah menyatakan beliau hanya berehat daripada menyertai AJL sehingga satu tempoh yang tidak ditetapkan.

Beliau juga tidak mengiyakan dan juga tidak menafikan akan kembali menyertai AJL. Itu membuatkan ramai yang tak sabar melihat beliau beraksi.

Menurut gondangonline.com, Siti ketika menjadi tamu Pagi Hari Di Kool FM (PHDKool FM) pagi semalam berkata, lagunya Anta Permana semakin menjadi kegemaran ramai kerana hasil kerjasama dengan komposer muda, Hael Hussaini dan Ezra Kong.

Adakah Siti bersedia untuk beraksi di AJL melalui lagu Anta Permana? Tunggu…

Cerita Siti yang sedang popular dengan lagu Anta Permana, “Terserahlah kepada Hael kalau mahu menyertai AJL. Kalau saya tak dapat menyanyikannya, terserahlah kepadanya memilih penyanyi lain,” kata Siti.

Siti sendiri secara terbuka mengatakan dia berkenan dengan keupayaan Ernie Zakri yang turut menyanyikan lagu dalam laman sosial.

Pengendali segmen itu, AG, Haiza dan Muaz beriya iya memujuk Siti untuk kembali menyertai AJL  melalui lagu Anta Permana.

Namun Siti masih tidak memberi kata putus dan membiarkannya berlalu sahaja.

Adakah Siti akan kembali ke AJL? Hanya masa menentukan.

Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media

Sumber: gondangonline.com