Bercuti di Bali, Ada Apa Sebenarnya Raline Shah Dengan Seungri Big Bang?

SEJAK lebih dua tahun kebelakangan ini, bagaikan tiada jawapan sahih mengenai hubungan sebenar antara aktres popular Indonesia, Raline Shah dengan salah seorang anggota boy band terkenal Korea Selatan, Big Bang iaitu Seungri.

Banyak kali jugalah mereka keluar bercuti bersama yang turut disertai keluarga mahupun teman-teman.

Namun, setiap kali ditanya, setiap kali itulah tiada jawapan sahih keluar dari mulut pelakon yang bakal muncul dalam filem sekuel Polis Evo 2 bersama Zizan Razak ini.

Baru-baru ini, tersebar foto Raline Shah dan Seungri yang sedang berlibur di Bali bersama teman-teman mereka.

Seungri dilihat begitu asyik menikmati pemandangan indah dan udara nyaman di Pulau Dewata itu.

Turut serta ialah teman-teman selebriti mereka antaranya mantan Puteri Indonesia, Anindya Kusuma Putri serta Maria Selena.

Foto tersebut mendapat ribuan komen dan tanda suka di kalangan pengikut media sosial. Jadi, apa sebenarnya hubungan antara Raline Shah dengan Seungri Big Bang?