Bercerai kali ketiga… “Saya baik…” – NATASHA HUDSON

AJAL dan maut, jodoh pertemuan semua sudah ditentukan oleh-Nya. Begitu juga pernikahan dan perceraian, takdir yang dijadualkan juga dari Dia. Pelakon dan model jelita Natasha Hudson mengaku jodohnya dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal tidak panjang.

Natasha mendakwa sudah kembali hidup dengan status solo. Perceraian kali ini adalah kali ketiga buat dirinya. Semoga kakak kepada pelakon cantik Tania Hudson ini tabah menghadapi dugaan dan ujian dilalui.

Natasha dan Carleed bernikah pada April 2012.

Melalui akaun instagram miliknya pada 25 September lalu, pelakon berdarah kacukan ini memuat naik status mengenai keretakan rumah tangganya. Beliau mendakwa sudah bercerai dengan penyanyi dan komposer muzik tersebut secara baik pada tahun ini.

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik.” Tulis Natasha.

Natasha berharap agar semua pihak memberikan ruang kepada dirinya dan keluarga menyelesaikan perkara tersebut dan tidak mahu bercerita mengenai punca penceraian.“Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.”

“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,” pohonnya.

Natasha diminta mengulas selepas dakwaan dirinya sudah bercerai diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini.

Memang nikmat diberi kehidupan, sentuhan kepuasan dan jiwa saya ditiup kembali ke dalam hati saya. Dengan bersendirian tidak bermakna saya akan menderita sepanjang hayat saya, saya tidak percaya dengan air mata, kesedihan & kesunyian sepanjang masa, tetapi ia membina semula apa yang saya telah hilang dan mencari diri saya semula. Bermula kembali kehidupan berkemungkinan untuk saya mencintai lagi, mengambil masa yang lama, muhasabah diri, membaiki, menaik taraf, memberi peluang tanpa syarat, peluang untuk hidup / memimpin kebahagiaan, mempunyai lebih banyak harapan, lebih banyak impian untuk dipenuhi dan belajar untuk terus bertahan semua rintangan tanpa mundur walaupun saya diduga banyak kali.

Tidak ada perkara yang gagal dalam hubungan bermakna anda gagal dari segalanya. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Ada hikmah dan itu adalah qadr dari Allah. Naikkan diri kerana tiada perkara untuk jatuh. Berdoalah kerana kamu perlu lengkapkan diri dengan doa. Beritahu segalanya kepada Allah kerana sebenarnya tidak ada yang peduli. “Dan dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.” Quran 57: 4 ~ NH

Demikian susulan daripada yang dimuat naik Natasha di akaun Instagramnya yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraian itu.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.” – Natasha

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.”

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.”

Natasha Hudson bernikah dengan Carleed  Khaza pada April 2012. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha. Hasil perkongsian hidup dengan Charleed, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata comel iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Daripada perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

Terbaru, Natasha sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia. dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

 

Sumber: Harian Metro & Budiey.com