Benarkah Fattah & Fazura Nikah Malam Ini?

Fattah dan Fazura telah bertunang 13 November lalu

 

SUDAH selesai penjelasan pasangan sensasi Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mengaku sudah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Fazura di ibu kota pada 13 November lalu.

Mereka juga menafikan bernikah senyap-senyap pada malam 14 November, beberapa jam sebelum berangkat menunaikan umrah di Mekah bersama keluarga.

Terkini, terdengar pula gosip panas kononnya pasangan drama popular Hero Seorang Cinderella ini khabarnya bakal bernikah malam ini. Lokasinya di sebuah hotel terkemuka ibu kota.

Entahlah… macam-macam pula spekulasi timbul mengenai pasangan sensasi ini. Dalam pertemuan bersama pihak media sejurus kembali dari Mekah pada Khamis, 23 November, minggu lalu, mereka meminta ruang privasi mengadakan majlis pernikahan secara tertutup.

Namun mereka akan mengadakan resepsi perkahwinan tahun depan dengan mengundang pihak media serta para peminat.

Kepada Fattah dan Fazura, bersabar sahajalah dengan gosip membuak-buak dunia seni. Orang popular dan terkenal memang tak dapat lari daripada gosip.

MM: Fikir baik-baik dan Doa yang baik-baik.