Bekas suami tak hadir, tuntutan RM800,000 DEJA gagal selesai

PENYANYI Deja Moss (45 tahun) gagal menyelesaikan tuntutan nafkah melalui proses sulh selepas bekas suami Azfendy Azzuddin (39) tidak hadir di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah semalam.

Deja Moss hadir ke pejabat Sulh untuk tuntutan nafkahnya…

Deja atau nama penuhnya Syarifah Hadijah Wan Moss selaku plaintif tidak mengetahui punca sebenar kegagalan bekas suaminya itu selaku defendan untuk hadir ke mahkamah.

Menurutnya, Deja hanya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas pihaknya membuat panggilan telefon kepada Azfendy.

Proses sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian, yang melibatkan satu atau lebih tuntutan dengan dikendalikan oleh pegawai sulh.

Kata Deja, dia memfailkan tuntutan nafkah itu untuk menuntut haknya sebagai seorang isteri. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini dan Lepaskahlah ini memaklumkan tuntutan nafkah tertunggak itu lebih RM800,000 iaitu nafkah sejak awal perkahwinan sehingga sebelum perceraian berlaku.

Deja Moss dan Asfendy Azzuddin bercerai talak satu pada 24 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.