Bekas Kekasih Dakwa Cita Citata Penipu!

Saat hangat bercinta Cita Citata dengan bekas kekasihnya dari Iran, Ardavan Farzi.

 

BARANGKALI badi lagu hit Cita Citata, Sakitnya Tuh Di Sini, ternyata menyebabkan beliau sentiasa berasa sakit putus cinta! Dari tahun lepas sampailah Tahun Baharu 2018 ini, kisah cinta penyanyi dangdut ini sangat sensasi.

Banyak kali jugalah hubungan cinta janda muda berusia 23 tahun ini tidak kesampaian! Buat kesekian kali, percintaan pemilik nama sebenar Cita Rahayu dengan pemuda asal Iran bernama Ardavan Farzi berakhir panas.

Tidak tertahan dengan tekanan desakan netizen yang mahukan penjelasan, Ardavan dengan beraninya membuka rahsia punca hubungan bersama Cita Citata kandas di tengah jalan.

“Pertanyaan orang ramai membuatkan saya stres. Alasan mengapa saya putus dengan Cita kerana dia mempunyai dua personaliti berbeza.

“Dia menggunakan bahasa kasar untuk memanggil kedua-dua ibu bapa saya. Malahan dia juga seorang penipu.

“Yang lebih penting adalah dia menipu saya pada hari saya meninggalkan Jakarta untuk perjalanan ke Iran dan sekali lagi di London.

“Saya berani cakap begini kerana ada semua bukti. Jadi, tolong berhenti bertanya mengapa saya melakukannya (memutuskan hubungan cinta),” jawab Ardavan.

Belum lama dari putus cinta, sebelumnya itu pelantun lagu Goyang Dumang ini juga sempat mengatakan sudah membawa Ardavan berjumpa ibu bapanya.

Lantas, apa jawapan balas wanita berdarah Sunda asal Bandung ini?

“Orang itu jangan pura-pura menjadi mangsa keadaan,” ungkap Cita melalui satu pautan video di Instagram.