Bayi Lelaki Penyeri Hidup AMARIS dan Isteri

Amaris dan isteri bersyukur dikurniakan cahaya mata yang sihat

Tahniah MANGGA ucapkan buat pelakon kacak bertubuh sedap, Amaris dan isteri kerana dikurniakan cahaya mata lelaki  yang sangat comel.

Amaris berkongsi rasa syukur dan gembira melalui Instagramnya @amaris.official, setelah bayinya lahir enam hari lalu.

Luahan Amaris, “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, syukur Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby boy pada 20 november 2018.

“Mohon doa dari kalian anak kami membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh pejuang agama Allah. Insya Allah…”

Amaris berkahwin dengan isterinya Nur Syazwani Alias pada 5 Januari 2018.

Foto: instagram @amaris.official