Banyak kenangan di TV.. “Dakwah Tidak Akan Mati…” – USTAZ KAZIM

Ustaz Kazim akui banyak kenangan bekerja dengan stesen televisyen. Beliau akan terus berdakwah seperti biasa melalui laman sosial. Alhamdulillah…

MANGGA kagum dengan semangat dakwah yang ada dalam diri pendakwah terkenal dan menjadi inspirasi ramai, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Apa pun dugaan yang datang, Ustaz Kazim akan terus berdakwah sehinggalah ke akhir hayat. Alhamdulillah…

Ustaz Kazim juga mengaku sangat berterima kasih kepada semua stesen televisyen (TV) dan semua yang terlibat, atas kerjasama selama ini. Selepas ni beliau akan terus berdakwah di laman sosial.

Ini luahan Ustaz Kazim yang mendapat respon positif daripada peminat.

“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada  semua stesen TV dan radio yg menjadikan rancangan agama antara yang diminati oleh penonton. Saya bermula dari surau dan masjid, dalam berkuliah sehinggalah kepada pelbagai medium dakwah yang lain, dan yang paling berkesan ialah rancangan dalam televisyen.

“Tanpa bantuan daripada mereka mungkin dakwah saya masih terbatas.Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka daripada penerbit, krew, penaja, dan lain-lain dalam usaha meningkatkan dakwah Islamiah di Malaysia melalui televisyen.

“Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan agama di televisyen menarik jutaan penonton daripada pelbagai peringkat dan kaum.Insya Allah dakwah saya akan diteruskan seperti biasa melalui media sosial yang lain selagi hayat masih dikandung badan.

“Terima kasih buat penonton yang memberi sokongan selama ini. Dakwah tidak akan mati…Semoga jadi amal berpanjangan dan kenangan ini akan terus mekar dlm ingatan sy…Hidup Dakwah..!”

MANGGA dan semua peminat akan sentiasa doakan yang terbaik buat Ustaz Kazim dan semua pendakwah lain. Terima kasih kerana anda semua banyak mendidik rakyat untuk menjadi lebih bagus.

Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah.. Terima kasih kpd semua stesen tv dan radio yg menjadikan rancangan agama diantara yg diminati oleh penonton. Sy bermula drp surau dan masjid didalam berkuliah sehinggalah kpd pelbagai medium dakwah yg lain dan yg paling berkesan ialah rancangan didlm televisyen. Tanpa bantuan drp mereka mgkin dakwah sy masih terbatas.Hanya Allah yg dpt membalas jasa mereka drp penerbit, krew, penaja, dll dlm usaha meningkatkan dakwah Islamiah di Malaysia melalui televisyen.Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan agama di televisyen menarik jutaan penonton drp pelbagai peringkat dan kaum.InsyaAllah dakwah sy akan diteruskan seperti biasa melalui media sosial yg lain selagi hayat masih dikandung badan.Terima kasih buat penonton yg memberi sokongan selama ini. Dakwah tidak akan mati…Semoga jadi amal berpanjangan dan kenangan ini akan terus mekar dlm ingatan sy…Hidup Dakwah..!

A post shared by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on

Foto: instagram @ustazkazim