Baim Wong Kembali Pada Bekas Kekasih?

Baim Wong dan Marshanda masih baik walau cinta tidak menjadi.

BUAT kesekian kalinya si bujang terlajak aktor Baim Wong, 36, putus cinta lagi! Kali ini hubungan dengan si gadis remaja berusia 21 tahun, Vebby Palwinta tidak juga berjaya membawanya ke jenjang pelamin.

Ditanya pihak media, pengusaha rangkaian restoran Bakmi Wong ini juga tidak mahu main-main tentang cinta dan ingin terus bernikah andai ketemu calon isteri sesuai.

“Ya memang saya berhajat untuk bernikah cepat. Saya ngak main-main, saya serius. Tetapi kalau misalnya perancangan itu tidak menjadi, bukan salah saya atau sesiapa.

“Dan bukan salah dia juga. Nggak, nggak ada salah sama dia. Dia orang baik,” jelas Baim mengenai hubungan cinta yang kandas dengan pelakon sinetron tersebut.

“Sudah ngak pacaran. Sebatas teman sahaja sekarang,” katanya lagi. Baim juga mohon doa orang ramai agar beliau cepat move on dari rasa galau putus cinta selain berharap segera mendapatkan pengganti Vebby.

Sudah putus cinta, timbul pula gosip panas lain kononnya Baim kembali kepada bekas kekasihnya, si janda anak satu, pelakon Marshanda.

Baim Wong bersama Marshanda dalam satu program TV Mei lalu.

Gosip timbul apabila mereka dilihat jalan berdua.  Benarkah Baim? Apakah selepas ini akan terus kahwin?

“Nggak ada apa-apa, jalan aja bersama… nggak ada yang istimewa. Maksudnya, kami sekadar teman baik.

“Kadang-kadang capek (penat) juga menjawab pertanyaan bila mahu kahwin? Hal nikah itu sesuatu yang baik.

“Jadi, saya tidak akan mengembar-gemburkan sesuatu yang belum benar-benar pasti,” ungkap Baim yang turut pernah terkait gosip cinta dengan aktres Malaysia, Elfira Loy yang khabarnya bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, penyanyi Sufian Suhaimi pada Mac depan.

Baim baru putus cinta dengan pelakon muda, Vebby Palwinta