Baim Wong Beri Gambaran Kahwin Tahun Ini, Siapa Bakal Isterinya?

“SAYA yakin tahun ini bakal menikah. Ya haruslah, usia sudah tua. Sekarang ini sedang rapat dengan seseorang,” akui Baim Wong atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim Wong, 36.

Banyak kali putus cinta dengan kekasih selebritinya termasuk yang terbaharu, pelakon sinetron remaja, Vebby Palwinta, 21.

“Minta doakan hubungan kali ini benar-benar sampai jodoh ke pelaminan. Malahan saya juga minta restu dan doa ibu bapa agar percintaan kali ini benar-benar jadi diikat sebagai suami isteri sah.

“Doakan saya bisa berkahwin tahun ini juga,” ujar Baim yang pernah bergandingan dengan Elfira Loy dalam drama Untuk Terakhir Kali di saluran Astro.

Meski tidak menyembunyikan khabar sedang bercinta dengan seseorang namun pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta masih belum mahu mendedahkan identiti sebenar bakal isteri.