Ayu Ting Ting Jawab Tuduhan Mabuk Dengan Raffi Ahmad

BELUM reda lagi gosip panas hubungan terlarang pengacara program hiburan Raffi Ahmad dengan penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting.

Suami kepada Nagita Slavina dan bapa Rafathar Malik Ahmad, 3, itu terus-terusan dituding selingkuh (skandal) dengan janda anak satu yang ngetop dengan lagu Sambalado serta Alamat Palsu itu.

Kali ini mereka dituduh mabuk sewaktu menyanyi dalam satu majlis meraikan sebuah program TV.

“Terpulanglah orang nak cakap apa, saya sudah capek (penat). Nggak ada mabuk-mabuk. Kami hanya bergurau.

“Padahal kita sama aja joget, bercanda, itu saja. Ianya kan acara private bersama teman-teman.

“Saya jadi hairan mengapa ramai orang mahu membesar-besarkannya. Jadi, terpulanglah mahu cakap apa pun. Saya sudah menjelaskannya,” ujar Ayu.

Antara aksi Ayu Ting Ting dengan Raffi Ahmad dituduh mabuk dalam satu video yang tersebar meluas

 

Belum reda gosip panas Ayu Ting Ting dengan Raffi Ahmad