TAHNIAH kepada pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang dikurniakan rezeki bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru. Isteri kepada pemain bola sepak yang kacak ini baru sahaja mengesahkan yang dirinya hamil dan kandungannya berusia 19 minggu.

Berita gembira ini diumumkan Ayu sendiri melalui akaun instagram miliknya. Tulis Ayu, “Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk”… #syukuralhamdulillah #19weekpregnant #laurazuleykhanakjadikakak %awalmuharam #suaminakanakqamai #Allahpunbagi


Ramai peminat yang gembira dengan berita inidan mendoakan agar Ayu dan kandungannya sihat dan baik.
Ayu dengan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata comel iaitu Muhammad Aisy Qaiser (5 tahun), Muhammad Aisy Aryann (4) dan Laura Zulaykha (1 tahun)
Terkini, lakonan Ayu Raudhah yang membawa watak Idah dalam drama bersiri Cinta Bukan Kristal sedang disiarkan di TV3 dalam slot Akasia. Zaquan pula mewakili pasukan bola sepak Kuala Lumpur.