Ayah WAK DOYOK kembali ke Rahmatullah

AYAH kepada ikon fesyen dan personaliti televisyen, Wak Doyok, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Khamis, 25 Oktober 2018.

Wak Doyok atau nama penuhnya Mohd Azwan Mohd Nor (39 tahun), memaklumkan khabar sedih itu menerusi akaun instagram miliknya.

“Salam semua. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baba (ayah) saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Baba saya,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham Mohd Nor Abd Hamid (86 tahun) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor.

Melalui sumber terdekatnya yang memaklumkan Allahyarham menjalani pembedahan beberapa hari lalu, mengalami komplikasi pada jantung dan bahagian ususnya.

Takziah kepada Wak Doyok dan seluruh keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan insan-insan terpuji. Alfatihah.